Serangan Lebah di BOSS
Bilik BOSS, Sabtu 10pg. Seorang guru yang cuba berjinak jinak dengan seekor lebah gergasi peliharaan Kak Maze telah disengat bertubi-tubi dalam satu kejadian ngeri. Guru tersebut yang tidak mahu namanya dikenali alam, telah pun menerima rawatan akibat dari kecuaiannya sendiri. Berikut dihidangkan beberapa keping gambar berinfomasi untuk tatapan anda.
Pada awalnya guru tersebut cuma hendak bergurau senda je.. tatapi beliau telah membangkitkan kemarahan lebah tersebut, mungkin kerana guru tersebut mempersenda tuan punya lebah iaitu Kak Maze.
Beliau dapat merasakan ancaman sang lebah, berkemungkinan beberapa das sengatan telah pun hinggap pada beliau, mungkin 3 kot? ke 4 das..
Kelihatan gembira? walhal beliau telah disengat bertubi-tubi, gambar menunjukkan subjek cuba melarikan diri ketempat tinggi, er.. selamat. Berikut disiarkan gambar beliau selepas menerima rawatan di bilik kesihatan dengan percuma.
Read Users' Comments (0)